Wednesday 23 November 2011

Latihan 1

Kata Ajektif

Gariskan kata adjektif dalam ayat-ayat berikut.
1.    Dia sentiasa risau akan bapanya yang sakit.
2.    Warna biru ialah warna kegemaran saya.
3.    Dia menghadapi segala cabaran dengan hati yang tabah.
4.    Belakang kereta ayah kemik kerana dilanggar lori.
5.    Mereka tidak ke mana-mana hari ini kerana cuaca terlalu panas.
6.    Ikan yang belum dimasak itu berbau hanyir.
7.    Kucing peliharaan Minah sangat comel.
8.    Buah nanas yang masak itu sangat manis.
9.    Dia tidak mampu membeli kereta itu kerana harganya terlalu mahal.
10. Dia rapat dengan saya sejak kecil.
11. Budak-budak itu masih bermain di padang walaupun hari sudah gelap.
12. Ubat yang pahit itu tidak tertelan oleh adik.

No comments:

Post a Comment