Wednesday 23 November 2011

Latihan 1

Kata Ajektif

Gariskan kata adjektif dalam ayat-ayat berikut.
1.    Dia sentiasa risau akan bapanya yang sakit.
2.    Warna biru ialah warna kegemaran saya.
3.    Dia menghadapi segala cabaran dengan hati yang tabah.
4.    Belakang kereta ayah kemik kerana dilanggar lori.
5.    Mereka tidak ke mana-mana hari ini kerana cuaca terlalu panas.
6.    Ikan yang belum dimasak itu berbau hanyir.
7.    Kucing peliharaan Minah sangat comel.
8.    Buah nanas yang masak itu sangat manis.
9.    Dia tidak mampu membeli kereta itu kerana harganya terlalu mahal.
10. Dia rapat dengan saya sejak kecil.
11. Budak-budak itu masih bermain di padang walaupun hari sudah gelap.
12. Ubat yang pahit itu tidak tertelan oleh adik.

Lagu kanak kanak : lagu tiga kupang

Kata Adjektif

Kata Adjektif 形容词
1.       Kata Adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.形容词用来表示物品、人、处所等的性质或状态。
2.       Kata adjektif boleh disertai dengan kata penguat seperti  “amat”, “sangat”, “paling” dan sebagainya.形容词可以带“非常、很、最”等程度副词。
3.       Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
形容词可以分成下列几种:

Jenis 种类
Contoh Kata Adjektif形容词的例子
Ayat Contoh例句
Sifat / keadaan
性质/状态
Bijak,sakit, malas, cantik, rajin, sihat, lusuh
聪明、疼痛、懒惰、美丽、勤劳、健康、退色
a)      Ahmad rajin mengulang kaji pelajarannya.
b)      Afirah seorang murid yang bijak
Warna
颜色
Merah, putih, biru, kuning,hijiau
红、白、蓝、黄、青

a)      Bapa Siti membeli sebuah kereta Proton Waja berwarna biru.
b)      Bunga mawar itu berwarna merah.
Ukuran
测量结果
Nipis, tinggi, kecil, besar, rendah, tebal
薄、高、小、大、矮、厚
a)      Pokok kelapa yang tinggi itu telah ditebang oleh ayah.
b)      Buku cerita itu sangat tebal.
Bentuk
形状
Bulat, bujur, leper, kempis, buncit
圆、椭圆、扁平、缩小、膨胀
a)      Encik Ramu membeli sebuah meja makan berbentuk bulat.
b)      Puan Zaidah menyusun kuih-muih di atas pinggan bujur.
Pancaindera
感觉(感官)
Masin, masam, harum, merdu, licin, busuk, kelat
咸、酸、香、悦耳、滑、臭、苦涩
a)      Suara penyanyi itu sungguh merdu.
b)      Permukaan lantai itu menjadi licin setelah dicuci.
Waktu
时间
Lewat, baru, lama, segera, silam
迟、刚才、久、马上、以往
a)      Hafiz selalu datang lewat ke sekolah.
b)      Seng Wei segera pulang ke rumah selepas menjalani latihan sukan.
Jarak
距离
Jauh, dekat, hampir
远、近、靠近
a)      Kampung Baru terletak jauh di pedalaman.
b)      Rumah Ah Seng hampir dengan jeti.
Perasaan
情绪
Marah, sayang, rindu, sayu, malu, gembira
生气、可惜、想念、悲伤、害羞、高兴
a)      Nenek berasa sangat marah jika cucu-cucunya bercakap bohong.
b)      Maria sangat sayang akan ibu dan bapanya.
Cara
方式
Pantas, deras,lambat, lincah, perlahan
迅速、
a)      Air sungai mengalir dengan deras.
b)      Adi Putra berlari dengan pantas untuk memenangi acara lumba lari 100 meter.
Kekerapan
频率
Selalu, sering, jarang, kerap kali, acap kali
a)      Mereka selalu ke perpustakaan bersama-sama.
b)      Zurina dan Mazlin jarang berbual-bual walaupun tinggal serumah.