Showing posts with label Nota. Show all posts
Showing posts with label Nota. Show all posts

Thursday, 8 December 2011

Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama 介词
l  Kata sendi nama ialah kata yang digunakan sebelum kata nama. Kata sendi nama bertugas sebagai penyambung dalam sesuatu ayat.
介词用在名词之前。介词将句子连接起来。
Kata Sendi Nama
介词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句
Akan
对于
Ø  Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. 用在形容词之后,以表达情感或习性
Ø  Untuk menunjukkan maksud “terhadap”. 表示对于
l  Puan Zaiton rindu akan suaminya yang bekerja di Sarawak.
Dari
Ø  Menunjukkan masa 表示时间
Ø  Menunjukkan arah atau tempat asal sesuatu benda atau orang 表示某物件或人类的原本方向或地点
l  Dia menunggu kekasihnya dar i pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam di taman itu.
Daripada
来自、比……、用……做成
Ø  Menyatakan tempat datangnya sesuatu punca bagi manusia atau benda 表示人物或物件来自…
Ø  Menunjukkan perbandingan 表示比较的意思
Ø  Menunjukkan sebahagian daripada sesuatu.表示“用…做成”
l  Kasut Ali ini diperbuat daripada kulit buaya.
Dengan
用、和、解释方法
Ø  Menunjukkan alat yang digunakan. 表示所用的用具
Ø  Menunjukkan maksud bersama-sama 表示一起或和
Ø  Menerangkan sesuatu说明某些……
l  Tukang kebun menebas rumput yang panjang dengan sabit yang tajam.
Di
Ø  Menunjukkan tempat 表示地点
l  Manizam dan adik-adiknya menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam.
Hingga
直到
Ø  Menunjukkan peringkat dan had masa 表示阶段或时间
l  Pameran buku akan diadakan di Wisma Berjaya dari hari Isnin hingga hari Ahad.
Ke
Ø  Menunjukkan tempat, arah atau tempat yang ditujui 表示地点、方向或朝向的地方
l  Gopal dan kawan-kawannya berkunjung ke Muzium Negara pada cuti semester.
Kepada
给以
Ø  Menunjukkan arah yang merujuk kepada benda bernyawa 表示给予有生命的物体
l  Saya memberi hadiah kepada nenek yang tinggal di desa.
Oleh
Ø  Menunjukkan sesuatu yang dilakukan 表示被进行的意思
Ø  Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- 用在diter 被动词之后
l  Anjing yang garang itu ditambat oleh tuannya pada pagar rumah.
Pada
Ø  Menunjukkan tempat dan masa 表示地点和时间
Ø  Digunakan selepas perkataan “ada” 用在“ada”之后
l  Buku-buku yang akan dibalutnya itu ada pada abang.
Tentang
关于
Ø  Digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan 用以作为参考的事物
l  Penghulu dan penduduk kampung sedang berbincang tentang masalah pendatang haram yang selalu membuat kacau di kampung.
Untuk / bagi
为了、给予
Ø  Menunjukkan maksud tujuan sesuatu itu dilakukan 表示某种事物被进行的目的
l  Ibu sentiasa memastikan kami membuat kerja-kerja sekolah dengan sempurna untuk kebaikan masa hadapan kami.

Tuesday, 6 December 2011

Kata Hubung

KATA HUBUNG 连词
1.      Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. 连词用来连接词、短语以及句子。
2.      Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 连词分成三种,即:
( a )kata hubung gabungan, contohnya dan, atau, tetapi, serta, kecuali
连接连词,如:和、或者、但是、以及、除了
( b ) kata hubung pancangan, contohnya selama, kerana, supaya, bahawa
根据连词,如:一直以来、因为、以便、且说
( c ) kata hubung berpasangan, contohnya sama ada…ataupun, bukan sahaja…malah
成对连词,如:无论如何……或是、不但……而且
Kata Hubung
Contoh Penggunaan dalam ayat
dan
·         Saya makan dua keeping roti dan minum segelas susu pagi tadi.
atau 或者
·         Kamu suka warna merah atau kuning?
tetapi 但是
·         Nasi lemak ini sedap tetapi pedas.
kecuali 除了
·         Semua murid kelas itu menaiki bas ke sekolah kecuali Ali.
sambil 一边…… 一边
·         Puan Siti membasuh pakaian sambil mendengar radio.
kerana 因为
·         Mei Hui berasa sedih kerana diejek oleh rakannya.
jika/ jikalau/ sekiranya/ kalau 如果
·         Abang akan membeli sebuah kereta jika ada duit.
hingga/ sehingga/ sampai 直到
·         Penyokong-penyokong bersorak di tepi padang sehingga serak suara.
sama ada…atau
不论……还是
·         Sama ada ibu atau bapa dikehendaki datang ke sekolah untuk mengambil buku laporan anak masing-masing.
walaupun…namun/ sungguhpun…tetapi
虽然……但是
·         Walaupun tidak dijemput tetapi dia tetap pergi ke jamuan itu.
makin…makin/ semakin…semakin/ kian…kian
越来越
·         Kesihatan nenek semakin hari semakin merosot sejak dia menghidap penyakit diabetes.
walaupun/ sungguhpun
虽然
·         Walaupun dia miskin, dia tidak tamak.

Wednesday, 23 November 2011

Kata Adjektif

Kata Adjektif 形容词
1.       Kata Adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.形容词用来表示物品、人、处所等的性质或状态。
2.       Kata adjektif boleh disertai dengan kata penguat seperti  “amat”, “sangat”, “paling” dan sebagainya.形容词可以带“非常、很、最”等程度副词。
3.       Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
形容词可以分成下列几种:

Jenis 种类
Contoh Kata Adjektif形容词的例子
Ayat Contoh例句
Sifat / keadaan
性质/状态
Bijak,sakit, malas, cantik, rajin, sihat, lusuh
聪明、疼痛、懒惰、美丽、勤劳、健康、退色
a)      Ahmad rajin mengulang kaji pelajarannya.
b)      Afirah seorang murid yang bijak
Warna
颜色
Merah, putih, biru, kuning,hijiau
红、白、蓝、黄、青

a)      Bapa Siti membeli sebuah kereta Proton Waja berwarna biru.
b)      Bunga mawar itu berwarna merah.
Ukuran
测量结果
Nipis, tinggi, kecil, besar, rendah, tebal
薄、高、小、大、矮、厚
a)      Pokok kelapa yang tinggi itu telah ditebang oleh ayah.
b)      Buku cerita itu sangat tebal.
Bentuk
形状
Bulat, bujur, leper, kempis, buncit
圆、椭圆、扁平、缩小、膨胀
a)      Encik Ramu membeli sebuah meja makan berbentuk bulat.
b)      Puan Zaidah menyusun kuih-muih di atas pinggan bujur.
Pancaindera
感觉(感官)
Masin, masam, harum, merdu, licin, busuk, kelat
咸、酸、香、悦耳、滑、臭、苦涩
a)      Suara penyanyi itu sungguh merdu.
b)      Permukaan lantai itu menjadi licin setelah dicuci.
Waktu
时间
Lewat, baru, lama, segera, silam
迟、刚才、久、马上、以往
a)      Hafiz selalu datang lewat ke sekolah.
b)      Seng Wei segera pulang ke rumah selepas menjalani latihan sukan.
Jarak
距离
Jauh, dekat, hampir
远、近、靠近
a)      Kampung Baru terletak jauh di pedalaman.
b)      Rumah Ah Seng hampir dengan jeti.
Perasaan
情绪
Marah, sayang, rindu, sayu, malu, gembira
生气、可惜、想念、悲伤、害羞、高兴
a)      Nenek berasa sangat marah jika cucu-cucunya bercakap bohong.
b)      Maria sangat sayang akan ibu dan bapanya.
Cara
方式
Pantas, deras,lambat, lincah, perlahan
迅速、
a)      Air sungai mengalir dengan deras.
b)      Adi Putra berlari dengan pantas untuk memenangi acara lumba lari 100 meter.
Kekerapan
频率
Selalu, sering, jarang, kerap kali, acap kali
a)      Mereka selalu ke perpustakaan bersama-sama.
b)      Zurina dan Mazlin jarang berbual-bual walaupun tinggal serumah.